Sunday, December 20, 2015

Renyai Di Hati



Aku masih macam dulu..
Tidak menampakkan kesedihan..
Walau ku ditinggalkan..
Aku masih mampu melepaskan..
Senyum yang panjang..
Walau luka di dalam..

Sudah mesti waktu ini..
Engkau dengan dia semai kasih..
Di kejora.....
Aku semai luka yang tak nampak..
Di bumi gersang..
Hanya keseorangan.....

Memang ku kecewa..
Memang aku sedih kerana mu...


Walaupun dataran kini kontang..
Namun di hatiku renyai memanjang..
Datang dan datang..
Hakikat harus kuterima..
Walau ikhlas walau suci..
Namun aku masih kurang..
Yang selalu orang pandang..
Kebanyakan itu masaalahnya..

Tak apalah itu nasib aku..
Aku terima semua itu dugaan-Nya..
Semoga renyai ini takkan berpanjangan..
Aku tetap doakan engkau..
Walaupun bukan milik aku..
Sedikit pun tak berdendam..
Kerana sudah tertulis..
Yang dirimu itu milik orang.....



No comments:

Post a Comment