Sunday, March 30, 2014

Sekadar Nasihat #2




WANITA dilahirkan untuk berpasangan dengan LELAKI sudah tertulis semua ini. Begitu juga dengan lelaki saling memerlukan wanita untuk melengkapi antara satu sama lain. Setiap apa yang terjadi, janganlah menganggap ianya satu kesilapan yang membebankan hidup kita. Sungguh pun takdir ini tetap akan menyatukan DUA hati menjadi SATU hati yang penuh dengan kasih sayang, cinta, rindu, dan kesetiaan. Cinta bukanlah satu permainan untuk dipertandingkan. Cinta adalah satu fitrah yang ada pada setiap insan. Jadi kepercayaan menjadi satu tembok dalam hubungan ini agar ianya menjadi kukuh dan tidak akan roboh hanya kerana orang ketiga. Percayalah pada orang yang menyayangi diri kita. Andai kepercayaan dan keihklasan ada dalam setiap tingkah lakunya maka yakinlah bahawa dia adalah milikmu..

Kata Pujangga

No comments:

Post a Comment