Monday, March 3, 2014

Sekadar Nasihat #1


Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga.
Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka. Jika suka, katakan suka.
Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan.
Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian. Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita. Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak.
Belajarlah dengan tegas berkata, "Ya" atau "Tidak". Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan.
Kopi & Pasta..

No comments:

Post a Comment